KOTA TINGGI | 08 MEI 205 – Lawatan Pemantauan ke Projek Pertanian daripada En Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) ke projek agropelancongan di daerah Kota Tinggi.
Desaru Fruit Farm merupakan salah sebuah pusat agropelancongan yang berkeluasan 80.36 ekar ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Road Tour Farm, ATV, Mini Zoo dan pelbagai lagi. Selain itu juga pengunjung boleh merasai buahan segar terus daripada ladang.
Turut hadir sama, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, En Mohammad Azizul bin Ngaliman, Unit Pembangunan Industri Tanaman Daerah Kota Tinggi.










![]()
