Kota Tinggi | 08 Mei 2025 – Majlis Peluncuran Projek Jana Veteran Bousted Plantations Berhad dan Program Santai Telok Sengat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Projek Jana Veteran ini telah mula melaksanakan tanaman fertigasi halia pada Mac 2025, sebanyak 7500 polibeg tanaman halia sudah ditanam bagi fasa pertama projek yang dijangka mengeluarkan hasil tuaian pertama pada september 2025.

Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diwakili oleh En. Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) Negeri Johor bersama En. Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi turut dijemput hadir sama bagi Majlis Peluncuran ini.

Jabatan Pertanian sentiasa menyambut baik usaha yang dilakukan oleh mana mana pihak untuk memperluaskan aktiviti pertanian dan akan sentiasa memberikan khidmat sokongan yang berterusan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *