22 April 2025 | πππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ πππππ ππ ππππππππ ππππππ πππππ & ππππππ πππππ ππππ πππ πππ
Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor diiringi En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) serta pegawai telah mengadakan lawatan kerja ke Syarikat Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn Bhd di Pagoh Muar.
Beliau disambut oleh Tn Hj Nasuha Bin Kasian, Pemilik Syarikat. Taklimat berkaitan syarikat telah disampaikan oleh En Hariz Haikal Bin Hj Nasuha, Pengurus Syarikat Nasiha Herba & Rempah Karya Sari Sdn Bhd.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meneroka dan mengenalpasti kerjasama yang boleh dilakukan antara jabatan dan syarikat dalam mengembangkan dan memajukan industri penghasilan herba di Negeri Johor.
Antara projek yang sedang berjalan adalah :
1. Tanaman Lada Hitam & Gambir
2. Tanaman Kopi Liberica
3. Pembangunan Produk Ikon Negeri (Essential Oil Based Product)
4. Ujian Klinikal Produk Garcinia Capsule
5. Pembangunan Ladang Ternakan Barbados Blackbelly
6. Pembangunan Agropelancongan Nasuha
7. Pembangunan Nasuha Herbal Trading House
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

















