19 April 2025 | 𝐀𝐌𝐘 𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇 𝐗 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐔𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 @ 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐔𝐍 𝐏𝐓 𝐑𝐀𝐉𝐀
Program Jelajah Orang Johor DUN Pt Raja telah diadakan di sekitar DUN Pt Raja, Batu Pahat Johor. YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor bersama Datuk Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search), barisan EXCO Kerajaan Negeri Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri diiringi oleh Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor serta Pn Mufiddah Bt Mohamad, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat telah melawat beberapa kawasan sekitar termasuk Projek Usahawan Industri Asas Tani :
1. Usahawan Kuih Tradisional (Pelbagai Jenis Bahulu)
Nama Projek : ATUN JAYA ENTERPRISE
Nama Usahawan : Halimatun Saadiah Binti Abd. Rashid
Insentif Yang Diterima : Naiktaraf Bangunan IAT & Oven 1 Tingkat 2 Tray
2. Usahawan Makanan Tradisional (Pelbagai Jenis Dodol)
Nama Projek : KHALID FOOD ENTERPRISE
Nama Pengusaha : Mohd Khalid Bin Md. Anuar
Insentif Yang Diterima : Naiktaraf Bengkel IAT & Mesin Pengacau Dodol
3. Usahawan Makanan Ringan (Pelbagai Jenis Kerepek)
Nama Projek : KRIPEKS SDN BHD
Nama Pengusaha : Md Shah Bin Kasman
Insentif Yang Diterima : Naiktaraf Bengkel IAT
YAB Menteri Besar Johor juga telah menyampaikan sumbangan benih pokok kelapa, limau kasturi dan rambutan kepada penduduk Kampung Sri Dalam yang hadir di Kenduri Rakyat bertempat di Dewan Terbuka Kg Sri Dalam.
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor atas kesudian melawat usahawan dibawah bimbingan jabatan dan menyampaikan sumbangan benih pokok.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan























































![]()
