Nusajaya | 11 April 2025 | Jumaat

Kunjung Hormat Pengarah Pertanian Negeri Johor Ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan)

Pada pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini, Pengarah Pertanian Negeri Johor iaitu Tn. Hj. Yosri bin Mohd bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) yg disambut penuh takzim oleh YB. Dato’ Hj. Ismail bin Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan).

Kunjung hormat diadakan bagi membincangkan dan memohon persetujuan Kerajaan Negeri berkaitan isu perjawatan, kenaikan pangkat dan penyusunan organisasi selaras dengan arahan kerajaan negeri serta kerajaan pusat terhadap semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Hadir sama dari pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah En. Mohd. Hafiz bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan) dan En. Mohd. Suffian Aizudin bin Mohd. Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi).

Semoga sesi ini dapat memuktamadkan dan seterusnya menyelesaikan isu-isu terlibat di peringkat Jabatan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

#MajuJohor#PertanianJohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *