Nusajaya | 10 April 2025 | Khamis

Kunjung Hormat Pengarah Pertanian Negeri Johor Ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor

Pada jam 3.30 petang hari ini, Pengarah Pertanian Negeri Johor iaitu Tn. Hj. Yosri bin Mohd bersama delegasi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah dijemput untuk sesi kunjung hormat dan perbincangan isu semasa berkaitan perundangan bagi sektor pertanian ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor yg disambut mesra oleh YB. Datuk Abd. Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor..

Perbincangan berkisar kepada perancangan dan penyelarasan cadangan enakmen pertanian yang bakal digubal bagi menjaga dan memartabatkan lagi sektor pertanian di negeri Johor khususnya dan di peringkat kebangsaan amnya.

Hadir sama dari delegasi Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah En. Mohd. Suffian Aizudin bin Mohd. Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi), Pn. Azlina bte Ahmad Tarmizi (Ketua Bahagian Perancangan Strategik) dan En. Saifulizan bin Mustaffar (Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian).

Semoga perbincangan dan penyelarasan undang-undang ini bakal dapat mencorak sektor pertanian ke arah yang lebih maju, mampan dan berdaya saing.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

#MajuJohor#PertanianJohor#enakmen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *