Projek Perintis Pertanian Moden JS-SEZ akan beroperasi sepenuhnya pada Jun 2025, bakal menerajui penghasilan produk agromakanan selamat (food safety) di Johor.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan langkah strategik kepada pembangunan negeri ini menerusi pembukaan lebih meluas peluang perniagaan, galakan pelaburan berimpak tinggi dan pengukuhan ekonomi antara Johor dan Singapura.

Sektor tumpuan JS-SEZ juga meliputi pembangunan dalam konteks memperkasa agenda keterjaminan makanan (food security), terutamanya menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif berkaitan projek pertanian moden dan lestari.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk meninjau progres pelaksanaan projek Smart Indoor Vertical Farm yang diusahakan secara kolaborasi strategik antara FarmByte Sdn. Bhd. (Anak Syarikat JCorp) dan Archisen Pte Ltd., sebuah syarikat peneraju agriteknologi daripada Singapura.

Dengan keluasan 52 ribu kaki persegi, projek pertanian menegak (vertical farm) ini disasarkan akan menghasilkan sehingga 300,000 kg. (setahun) sayur-sayuran berdaun premium seperti Ice Plant, Japanese Tang Oh, Crystal Lettuce, Mustard Green, Red Vein Sorrel dan sebagainya.

Dalam konteks ini, kerajaan negeri amat menyokong usaha kerjasama strategik sebegini yang mana akan memberikan peluang kepada pengusaha tempatan dari segi aktiviti pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran. Penerapan elemen inovatif berteknologi tinggi ini adalah satu usaha ke arah memperkasakan amalan pertanian yang lebih mampan dan cekap dalam penghasilan produk agromakanan berkualiti tinggi di negeri Johor.

Terima kasih kepada En. Syed Aiman Syed Aiman Kifli Syed Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, FarmByte Sdn Bhd; En. Vincent Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, Archisen Pte Ltd. dan seluruh pasukan atas lawatan ini. Semoga projek ini dapat dijayakan dan akan beroperasi sepenuhnya pada Jun 2025. Insya Allah.

Onn Hafiz Ghazi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MajuJohor

#JS-SEZ

#JohorFoodSecurity

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *