KOTA ISKANDAR, 27 Mac 2025 – Bagi mengimarah dan meningkatkan amalan ibadah sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak tahun ini, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 1446H/2025M di Surau Raudatuljannah, Bangunan Datoโ Muhamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar.
Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor. Turut hadir Pegawai-pegawai Pertanian Daerah dan Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam.
Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan seterusnya diikuti oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi) dan Pegawai-pegawai Pertanian Daerah serta kakitangan Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Majlis juga turut dihiasi dengan penyampaian Bingkisan Aidilfitri kepada Pegawai-pegawai Pertanian Daerah dan Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam bagi mewakili seluruh kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor yang melibatkan seramai 347 orang.
Semoga majlis ini dapat menjadi pemangkin kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan tuntutan ibadah dan mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak serta menambahkan kesyukuran dalam bulan yang mulia ini.













![]()
