Kerajaan Negeri akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima kepada keluarga terjejas dan berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melalui Ketua Isi Rumah (KIR) masing-masing sebelum Aidilfitri ini.
Bagaimanapun, untuk mangsa banjir yang terjejas, namun tidak mendaftar di PPS boleh mengemukakan rayuan permohonan bagi pertimbangan bantuan di Pejabat Daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, dan Batu Pahat sehingga akhir April ini.
Borang rayuan permohonan bantuan bencana boleh dimuat turun dengan klik pautan https://drive.google.com/…/1ddCMw41bCiW87lPtTOn…/view….
Sertakan sekali dokumen yang diperlukan iaitu laporan polis, salinan kad pengenalan dan surat pengesahan Penghulu.

![]()
