20 Mac 2025 | SESI PENGABSAHAN DATA BANCI PERTANIAN 2024 BAGI SUBSEKTOR TANAMAN PERINGKAT NEGERI JOHOR
Telah diadakan pada 20 Mac 2024 di bilik Mesyuarat Camelia Jabatan Pertanian Negeri Johor antara Jabatan Perangkaan Johor dan Jabatan Pertanian Johor melibatkan semua Pegawai Pertanian Daerah dan Pegawai Perangkaan Daerah di Negeri Johor.
Sesi Pengabsahan Data Banci 2024 ini diadakan bertujuan membincangkan dan menilai data interim Banci Pertanian 2024 bagi mengesahkan ketepatan dan meningkatkan kebolehcayaan, meneliti dapatan data Banci Pertanian 2024 ke arah jaminan kualiti dan konsisten dengan data pentadbiran dan mendapatan pandangan dan naratif data sektor Pertanian khususnya subsektor tanaman di peringkat Negeri Johor bagi memastikan data yang diterbitkan mencerminkan senario sebenar.
Dimaklumkan bahawa kerja lapangan Banci Pertanian 2024 telah berakhir 2024 pada Oktober 2024 dan semakan Penilaian Liputan Banci (PLB) telah selesai pada 31 Januari 2025. Selanjutnya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini giat melaksanakan proses semakan, analisis dan verifikasi data Banci Pertanian 2024 bagi tujuan pengesahan dan pemuktamadan sebelum disebarkan kepada umum.












![]()
