27 Febuari 2025 | ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐
Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor telah merasmikan pembukaan kawasan baharu Sawah Kahang, Kluang Johor. Turut mengiringi beliau Tn Hj Yosri Bin Mohd, (Pengarah Pertanian Negeri Johor), En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), Pn Azlina Bt Md Dom (Pegawai Pertanian Daerah Kluang) serta pegawai dan kakitangan.
Y.B. Dato’ menjelaskan pembukaan kawasan baharu Sawah Kahang ini telah siap ditabur benih seluas 20 hektar yang mampu mengeluarkan hasil padi sebanyak 60 tan. Sebanyak 10 hektar lagi akan dibuka menjangkakan pertambahan hasil sebanyak 30 tan.
Tambahan beliau bagi Sawah Sg Balang Muar akan dibuka sebanyak 50 hektar iaitu 23 hektar bagi tahun 2025 dan 27 hektar bagi tahun 2026 mensasarkan pengeluaran hasil padi sebanyak 150 tan.
Jutaan terima kasih buat Y.A.B. Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana telah meluluskan peruntukan bagi penambahan kawasan sawah di negeri Johor. Jabatan Pertanian Negeri Johor terus komited dalam usaha meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi di negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan























![]()
