Johor Bahru- 7 Februari 2025 | Jumaat- Program Lestari Laman Hijau Puspanita Cawangan Negeri Johor
Program Lestari Laman Hijau Puspanita Cawangan Negeri Johor telah dirasmikan oleh YDH Puan Sri Datin Dr Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Johor.
Program ini dianjurkan oleh Puspanita Cawangan Johor (Biro Suri dan Pesara) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Tujuan program ini adalah:
1. Untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar melalui penanaman tanaman hijau dan penyelenggaraan ruang hijau yang mapan.
2. Khidmat nasihat penjagaan pokok herba
3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam usaha menjaga dan memulihara alam sekitar, serta memupuk semangat kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan
Turut hadir dalam program ini:
– Encik Hafiz Datuk Ramly ,
Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor
– Puan Nur Aizat binti Abdul Razak,
Pegawai Pertanian Negeri Johor
Pegawai lain yang terlibat:
1. Encik Normi
2. Encik Norshafiq
3. Encik M.Shafiq
4. Encik Kamal
5. Encik Norhelmi




















