14 Febuari 2025 | Kunjung Hormat TM Technology Ke Jabatan Pertanian Negeri Johor
Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor hari ini menerima kunjung hormat daripada delegasi TM Technology Sdn Bhd yang terdiri daripada :
1. En Mohammad Halim Bin Khairoji
Head State Business TM One Johor
2. Pn Zahanita Binti Kamsani
AGM, Division Smart Services, HQ
3. Puan Noraini Binti Razali
Account Manager TM One Johor
Turut hadir sama En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), En Rosdin Bin Kimin (Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman), En Saifulizan Bin Mustaffa (Pegawai Perhubungan Pelanggan) dan En Hazrilzullah Bin Ali (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).
Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk memperkasa Smart Farming dalam sektor pertanian makanan negeri Johor melalui beberapa inisiatif yang telah dibangunkan oleh pihak TM Technology dengan penggunaan sistem kecerdasan buatan (AI) atas talian supaya maklumat pemerhatian, pengawasan dan diagnostik tanaman dapat diakses dan diselesaikan dimana-mana sahaja.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan







