9 febuari 2025 | πππππππ ππππππππ πππππ ππππ πππππ πππππππ πππππ πππππ πππππ ππππ
Program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor telah berlangsung pada hari ini bertempat di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) dengan jayanya.
Majlis telah dihadiri oleh YAB Datoβ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dengan diiringi oleh YB Dato Zahari Sarip, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor serta Tn Hj Yosri bin Mohd Pengarah Pertanian Negeri Johor.
Penganjuran program ini berperanan sebagai wadah untuk menghimpunkan orang muda Johor tidak kira Bangsa mahupun taraf pendidikan. Ia secara tidak langsung dapat memperkasakan peranan belia dari segenap aspek dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan belia Negeri Johor.
Terdapat pelbagai pengisian menarik sempena penganjuran program tersebut termasuk melibatkan sesi perkongsian serta pameran Jabatan / agensi. Pihak Pejabat Pertanian Daerah Pontian turut tidak ketinggalan hadir sebagai salah satu pempamer bagi acara pameran jabatan.
Pejabat Pertanian Daerah Pontian telah menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pertanian seperti insentif Jabatan Pertanian, pakej teknologi tanaman, teknologi terkini dalam pertanian, pameran varieti kelapa dan lain-lain lagi.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan














