9 Febuari 2025 | Perasmian Jelajah Orang Johor Tahun 2025
Majlis Perasmian Program Jelajah Orang Johor Tahun 2025 @ Dun Kukup telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Turut hadir sama Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).
Program ini merupakan platform terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan segala inisiatif dan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Ia juga bertujuan untuk merapatkan hubungan mesra antara pemimpin dan masyarakat serta menyampaikan mesej bahawa suara rakyat adalah asas kepada pentadbiran yang berkesan.
YAB Menteri Besar diiringi YB Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar telah menyampaikan Insentif Projek Agromakanan Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025.




















