KOTA ISKANDAR, 27 Januari 2025 โ€“ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ โ€˜๐—–๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž-๐—ข๐—จ๐—งโ€™ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐— ๐—”๐—› ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ ๐—›๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—”๐—ก

Sesi โ€˜clock-outโ€™ terakhir bagi Puan Hashimah binti Hassan, Penolong Akauntan Gred W5 yang bertugas di Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor akan bersara pilihan mulai 1 Februari 2025.

Hadir bersama Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) dan warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Puan Hashimah di sesi โ€˜clock-outโ€™ ini.

Sedikit kronologi mengenai beliau, mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam Johor sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 pada 17 Disember 2007 dan di tempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (kini Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor). Beliau bertukar ke Jabatan Pertanian Negeri Johor pada 1 November 2015. Pada 1 Julai 2016, beliau memilih opsyen pertukaran pelantikan ke skim Penolong Akauntan Gred W29.

Beliau telah menabur bakti selama 17 tahun 6 bulan dalam perkhidmatan awam Johor dengan penuh berkaliber dan berwawasan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Puan Hashimah binti Hassan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan rahmat Allah S.W.T.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *