1 Januari 2025 | Ayer Hitam – Kursus Pengendalian Jentera dan Penyerahan Jentera
Seramai 30 orang penerima Insentif Mekanisasi Ladang Tahun 2024 telah hadir ke Kursus Pengendalian Jentera di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor. Kursus dan taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada syarikat Kubota Malaysia Sdn Bhd Southern Region.
Geran individu jentera mekanisasi telah diserahkan kepada semua penerima insentif selepas tamat kursus. Selepas itu peserta dibawa ke Unit Kejuruteraan Pertanian untuk diberi taklimat secara amali tentang pengendalian dan penjagaan jentera yang akan diterima. Akhir sekali selepas selesai taklimat, penerima insentif membawa pulang jentera masing-masing.
Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atas usaha dan pemberian insentif kepada petani di Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





























![]()
