Jabatan Pertanian Malaysia telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tahun 2024 yang melibatkan pengurus, penyelia dan pengusaha projek TKPM di seluruh negeri pada 12 hingga 14 November 2024 di Acappella Suite Hotel, Shah Alam, Selangor
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah dihadiri oleh Tuan Hj Yosri bin Mohd Pengarah Pertanian Negeri johor di Majlis Perasmian. Turut Hadir sebagai Pembentang Kertas Kerja adalah En Mohd Hafiz Bin Ramly dan Seminar ini turut dihadiri oleh Penyelaras TKPM Negeri, Pengurus TKPM daerah Kota Tinggi, Penyelia TKPM Daerah Segamat serta 18 peserta TKPM seluruh negeri Johor.
Majlis Perasmian Seminar ini pada 12 November 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia serta membuat Pelancaran Buku Garis Panduan Pembangunan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan serta menyampaikan beberapa Anugerah Projek TKPM tahun 2024
Jabatan Pertanian Negeri Johor telah diumumkan sebagai penerima ANUGERAH PENYELARAS PROJEK TKPM TERBAIK




![]()
