19 Disember 2024 bertempat di Balai Serba Guna Jalan Bacang, Kota Masai, Pasir Gudang telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kebun Komuniti Beyond Benih.

En Mohd Hafiz Bin Ramly Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) telah hadir mewakil Pengarah Pertanian Negeri Johor dalam majlis tersebut yang dianjurkan oleh Paluan Sejati yang mewakili pihak British American Tobacco Malaysia (BATM)

Majlis ini adalah sebagai simbolik menandakan pihak British American Tobacco Malaysia (BATM) menyerahkan tanggungjawab seliaan sepenuhnya kepada pihak komuniti Jalan Bacang dan Komuniti Jalan Duku, Pasir Gudang dan Jabatan Pertanian.

Walaubagaimanapun, BATM akan tetap sedia membantu dan memberi sokongan sekiranya perlu. Penglibatan Kebun Komuniti pada majlis ini adalah Kebun Komuniti Jalan Bachang dan Kebun Komuniti Jalan Duku, Pasir Gudang.

Majlis Penyerahan Kebun Komuniti ini turut dihadiri oleh En Rosdin Bin Kimin Ketua Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT), En Muhammad Radhi Bin Mohd Rashid (APT Mukim Plentong) wakil rasmi Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru, Pihak Paluan Sejati mewakil BAT Malaysia Puan Fida Arbakin dan En Hafiz bin Sulaiman, Ketua Projek Komuniti Jalan Duku dan Komuniti Jalan Bacang, Pasir gudang serta ahli komuniti.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita