๐ถ๐บ ๐ณ๐ธ๐๐ด๐ผ๐ฑ๐ด๐ ๐ธ๐ถ๐ธ๐บ ๐ ๐ณ๐ด๐๐ฐ๐ฝ ๐ผ๐๐ฐ๐ต๐ฐ๐บ๐ฐ๐ ๐๐ฐ๐ผ๐ฐ๐ฝ ๐๐ฐ๐๐ฐ๐๐ฐ๐ฝ ๐๐ด๐ถ๐ฐ๐ผ๐ฐ๐
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Dato’ Zahari bin Sarip telah menyempurnakan Perasmian Majlis Apresiasi Kepada Peneraju Sektor Agromakanan (Tanaman & Industri Asas Tani) Negeri Johor Tahun 2024. Perasmian Majlis Apresiasi ini diadakan di Dewan Muafakat, Taman Yayasan Segamat pada 04 Disember 2024.
Majlis ini turut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Saraswati a/p Nallathamby, ADUN Kemelah, Yang Berhormat Tuan Tan Chong, ADUN Bekok, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor dan Pengarah Lembaga Perindustrian Nenas (LPNM) Negeri Johor.
Seramai 400 jemputan terdiri daripada peneraju-peneraju sektor agromakanan (tanaman dan industri asas tani), penerima-penerima insentif Jabatan dan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan Agensi telah hadir sama dalam menjayakan Majlis Apresiasi ini.
Antara intipati YB Dato’ Zahari bin Sarip semasa merasmikan Majlis ini adalah โpemantapan jaminan sekuriti makanan dimasa hadapan serta kejayaan transformasi sektor agromakanan di Negeri Johor merupakan tanggungjawab kita bersama. Ingatlah, sekiranya pada hari ini ada makanan diatas meja seseorang, ia adalah hasil titik peluh anda semuaโ.
































![]()
