𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗖𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗖𝗛𝗟𝗢𝗥𝗣𝗬𝗥𝗜𝗙𝗢𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝟭 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯!

Pemain industri pertanian perlu mengambil langkah-langkah menghentikan penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak jenis chlorpyrifos, susulan pengharamannya untuk sektor itu yang telah berkuat kuasa pada 1 Mei 2023 tahun lepas

Banyak negara telah mengambil tindakan regulatori mengharamkan dan menghadkan penggunaan chlorpyrifos. Sehubungan dengan itu, Lembaga Racun Makhluk Prosak telah mengambil keputusan untuk mengharamkan racun makhluk perosak chlorpyrifos untuk kegunaan sektor pertanian di negara ini.

Terdapat pelbagai alternatif racun perosak yang kurang risiko toksik kepada pengguna dan memberi kesan kawalan perosak yang sama seperti Chlorpyrifos sebagai contohnya emamectin benzoate, fipronil, hexaflumuron, Bacillus thuringiensis, chlorantraniliprole dan deltamethrin. Jadilah pengguna bijak dalam membuat pilihan racun yang kurang risiko toksiknya kepada manusia dan alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *