Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas pembentangan Belanjawan Johor 2025 bertemakan “Maju Johor, Rakyat Sejahtera” pada hari ini yang menitikberatkan pembangunan sektor pertanian. Inisiatif dan peruntukan yang diumumkan jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa agro tanaman & industri asas tani, meningkatkan pendapatan petani serta usahawan, dan memperkukuhkan rantaian bekalan makanan Johor.

Belanjawan ini adalah langkah strategik ke arah menjadikan Johor sebagai peneraju sektor pertanian moden dan mampan yang utama dalam negara. Atas usaha yang besar ini ianya akan membina keterjaminan makanan di negeri Johor khususnya juga di seluruh Malaysia amnya bagi sektor agro tanaman serta industri asas tani. Sekali lagi terima kasih YAB atas usaha yang berterusan demi kesejahteraan warga tani dan pembangunan ekonomi negeri.

#BelanjawanJohor2025#PertanianJohor#JohorMaju

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Yosri Mohd

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *