MERSING, 17 November 2024 – Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Kursus Integriti Dan Akauntabiliti pada 12 hingga 14 November 2024 di Felda Residence, Tanjung Leman.
Kursus tersebut bertujuan menerangkan isu-isu yang dilaporkan dalam Ketua Audit Negara dan meningkatkan kesedaran penjawat awam terhadap kepentingan mempunyai tahap integriti yang tinggi. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan akauntabiliti pegawai terutamanya dalam urusan kewangan jabatan dan sebagai panduan menangani permasalahn berkaitan integriti kewangan.
Penceramah yang dijemput dalam memberi penerangan adalah Encik Mohd Hassan bin Sulaimi, Penolong Kanan Penguasa SPRM Johor dan Dr. Mohamad Fauzi bin Mohamad Saruman, Timbalan Ketua Audit Dalam, Kementerian Kewangan Malaysia.
Kursus ini juga telah sempurna dirasmikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd.




















![]()
