KELANTAN, 27 Oktober 2024 – Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menganjurkan lawatan khusus bagi kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan ke Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas yang diadakan pada 22 hingga 25 Oktober 2024.

Objektif bagi lawatan ini adalah bertukar pandangan serta mengeratkan silaturrahim dikalangan warga jabatan; berkongsi ilmu berkaitan pengurusan pentadbiran dan kewangan; dan berkongsi ilmu berkaitan amalan baik sistem pengurusan fail jabatan.

Telah menyambut baik kedatangan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah Encik Mohd Azlisham bin Shaari, Pegawai Pertanian Jajahan Pasir Mas dan Encik Aziz bin Ismail, Pegawai Eksekutif Kanan, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.

Antara tampat lawatan yang dibawa selain daripada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas adalah Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah, Pasir Mas dan Bengkel Industri Asas Tani, PM Agriculture & Trading, Perusahaan Sos dan Minuman, Pasir Mas.

Terima kasih tidak terhingga kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan Pejabat Pertanian Jajahan Pasir Mas kerana menerima kedatangan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *