3 November 2024 |
Lawatan Delegasi Kementerian Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Datu Sirai Anak Daha, Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) bersama Yang Berusaha Tuan Dominic Anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak, Encik Aicher Joseph Toyat, Penolong Pengarah, Pejabat Pengarah Pertanian Sarawak seterusnya dibawa melawat ke projek pertanian Daerah Kota Tinggi.
Turut hadir sama, Ybhg. Tn Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, En Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Johor, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.
Lawatan pertama delegasi dibawa ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ulu Tiram yang berkeluasan 32.80 hektar dengan pelbagai tanaman sayuran daun dan sayuran buah. Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi menyampaikan taklimat kemajuan projek TKPM Ulu Tiram yang melibatkan pelan pengurusan operasi, pengeluaran hasil tanaman, pasaran dan pelbagai aspek.
Seterusnya, rombongan dibawa ke projek agropelancongan di dalam kawasan daerah Kota Tinggi, Desaru Fruit Farm yang terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi, kawasan ini menawarkan pelbagai aktiviti keluarga seperti Mini Zoo, Road Tour Farm, ATV, Jualan Produk IKS dan Jualan Buahan Segar dan pelbagai lagi.
Seusai itu, delegasi dibawa melawat ke Pusat Industri Asas Tani Felda Air Tawar 1 & KPW Felda Air Tawar 1 yang mengusahakan pelbagai produk makanan & kraftangan antaranya keropok lekor, minyak kelapa dara, otak – otak & pepes, popia, kek, dan kraftangan.
Lawatan terakhir, rombongan dibawa ke projek kuih sejukbeku syarikat Doana Frozen Food yang terletak di Felda Air Tawar 1, projek yang sudah menembusi pasaran luar negara ini diusahakan oleh Pn Rubiah Ahmad merupakan salah satu usahawan yang sentiasa komited dalam memperkembangkan produk ke satu tahap yg lebih tinggi.






















![]()
