JOHOR BAHRU

29 Oktober 2024

Program Mentor-mentee โ€Zero To Heroโ€ anjuran Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) ini bertujuan untuk membimbing usahawan belia yang baru memulakan perniagaan menerusi konsep โ€œmentor-menteeโ€.

Majlis yang telah dihadiri oleh Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) ini turut disertai oleh usahawan-usahawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Mentor akan dipilih daripada usahawan Johor yang terbukti berjaya dalam kelangsungan perniagaan serta mampu berkongsi pengalaman dan membimbing usahawan muda untuk berjaya.

Program ini dilaksanakan selama 3 bulan dengan fokus tertumpu kepada dengan mengenalkan usahawan baru kepada usahawan johor yang berjaya supaya dapat belajar melalui pengalaman.

Pada majlis ini juga turut diadakan penyerahan replika cek kepada 21 usahawan belia menerusi tawaran geran permulaan perniagaan sehingga RM10,000/orang.

Turut diadakan penyerahan Sijil Penghargaan kepada 11 usahawan Johor yang terlibat menjadi Mentor.

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita