𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔) | 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor antara acara tahunan yang diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan dan memberi impak besar kepada perkembangan dan kemajuan yang terbaik di dalam sektor pertanian.
Pada Tahun 2024 bersesuaian dengan tema ” INOVASI KREATIF JOHOR PRODUKTIF” ianya dapat mengambarkan komitmen Jabatan Pertanian menghasilkan inovasi berimpak tinggi kepada sektor agromakanan negara.
Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankusa Pertanian, Industri Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor hari ini telah merasmikan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024 yang melibatkan seramai 49 penerima Anugerah dari pelbagai kategori antaranya:
1. Anugerah Inovasi Kategori Pegawai
2. Anugerah Inovasi Kategori Petani
3. Anugerah Khas Jabatan Pertanian Negeri Johor
Semoga warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor terus kekal berinovasi dan berdaya kreatif serta usasha yang lebih gigih dalam memastikan sektor pertanian terus berkembang maju.
TAHNIAH diucapkan kepada semua warga kerja dan usahawan & petani yang telah merangkul kejayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



















































![]()
