Lokasi : The Katerina Hotel, Batu Pahat, Johor

Program Pembangunan Tanaman Negeri Johor merupakan satu program tahunan bagi Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi memastikan perbelanjaan insentif dan bantuan disalurkan bagi mereka yang memerlukan demi meneruskan keterjaminan makanan khususnya bagi negeri Johor Darul Ta’zim.

Mesyuarat pemerkasaan ini dihadiri oleh 60 orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan, Ketua Unit Bahagian-Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Ketua-Ketua Bahagian dari ibu pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pegawai-Pegawai Pertanian serta wakil dari Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah.

Katerina Hotel. Batu Pahat telah menjadi lokasi bagi membincangkan perihal belanjawan bagi permohonan Projek Pembangunan Tanaman yang meliputi tanaman buah-buahan jangka panjang, pembangunan tanaman buah-buahan jangka pendek, pembangunan tanaman sayur-sayuran, pembangunan tanaman kontan, peningkatan pendapatan pesawah luar jelapang (B40), pembangunan industri kelapa dan kopi serta pembangunan tanaman makanan ternakan.

Mesyuarat pemerkasaan ini berlangsung bermula 13 Oktober 2024 sehingga 15 Oktober 2024 akan memastikan setiap permohonan projek pembangunan tanaman bagi tahun 2025 disalurkan kepada pemerima yang layak menerima insentif / bantuan yang sepadan dengan hasil yang dikeluarkan bagi meningkatkan keterjaminan makanan bagi negeri Johor.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Pusat Pertanian Ayer Hitam

Pejabat Pertanian Daerah Tangkak

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi

Pejabat Pertanian Daerah Kulai

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Pejabat Pertanian Daerah Pontian

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Pejabat Pertanian Daerah Mersing

Pejabat Pertanian Daerah Kluang

Pejabat Pertanian Daerah Segamat

Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat

Taman Pertanian Johor Kong-Kong

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *