AYER HITAM, 10 Oktober 2024 – Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Modul Sistem MyPerformance Bagi Penetapan Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 9 hingga 10 Oktober 2024 bertempat di Bilik Kuliah, Pusat Pertanian Ayer Hitam.

Bengkel tersebut melibatkan lebih kurang lima puluh lima (55) orang peserta yang terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan pegawai Kumpulan Pelaksana.

Objektif bengkel ini adalah untuk membimbing peserta membangunkan serta menetapkan sasaran penghasilan kerja di Jabatan Pertanian Negeri Johor. Encik Muhammad Faizal bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah, Pejabat Pertanian Daerah Muar dan Puan Hajah Roswati binti Shalan, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor telah dilantik sebagai fasilitator bagi bengkel ini.

Pembentangan Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) kepada Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd bersama-sama dengan Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Johor.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *