KOTA ISKANDAR | 9 Oktober 2024 – Kunjung hormat En Nazwan Arwizan bin Abdul Wahab dan En Ammar bin Ramli, Pegawai dari Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) bagi Wilayah Segamat dan Mersing bersama Ybhg. Tuan Hj. Yosri bin Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai halatuju dan kerjasama yang boleh dijalinkan antara Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama pihak ECERDC khususnya berkaitan dalam sektor pertanian di negeri Johor.
Turut hadir sama dalam perbincangan ini ialah En Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Operasi dan En Zamry bin Aya, Pegawai Pertanian Daerah Segamat





![]()
