Jabatan Pertanian Negeri Johor telah diundang untuk menyertai Persidangan Ke 20 KK/ JKK Sosek Malindo Tingkat Provinsi Riau / Kepulauan Riau Peringkat Negeri Melaka / Johor yang berlangsung dari 30 September hingga 4 Oktober 2024. SOSEK MALINDO merupakan organisasi bilateral dalam pembangunan sosial ekonomi antara Indonesia Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1985. Organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di wilayah perbatasan kedua-dua buah negara.
Delegasi Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri Mohd bersama Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pertanian Negeri Johor, En Mohd Suffian Aizudin b. Mohd Saleh
telah diberi mandat untuk menyertai Bidang Ekonomi, Perdagangan & Perhubungan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pertanian antara kedua-dua pihak.
Semoga peluang lawatan kerja ke Kepulauan Riau ini akan membuahkan hasil yang menguntungkan kedua-dua negara.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









@top fans
![]()
