KLUANG | 21 Sep 2024 – Meriah dan mengujakan! Itu antara kata-kata pengunjung yang datang ke Program Jom Jelajah Orang Mahkota di Bandar Kluang Johor. Pelbagai agensi juga turut dijemput untuk mengadakan pameran, demo, jualan dan aktiviti yang berkaitan termasuk Pejabat Pertanian Daerah Kluang. Di reruai Pejabat Pertanian Daerah Kluang diadakan demontrasi masakan berasaskan cendawan, jualan hasil pertanian dengan potongan harga mesra rakyat, pemberian anak benih buah-buahan varieti terpilih seperti musang king dan pisang berangan secara percuma pada pengunjung yang bertuah.

Antara tarikan lain di program kali ini ialah pameran aset-aset seperti persenjataan, jentera pertahanan, persembahan udara dan teknik seni bela diri daripada Angkatan Tentera Malaysia yang di datangkan daripada Kem berdekatan.

Antara kemuncak kepada program ini ialah gimik penyerahan anak benih musang king dan hasil-hasil pertanian oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi , Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Zahari Sarip , Pengerusi J/Kuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Johor di reruai Pejabat Pertanian Daerah Kluang. Kira-kira 4500 pelanggan telah direkodkan mengunjungi reruai Pejabat Pertanian Daerah Kluang untuk mendapatkan pelbagai info dan insentif yang ditawarkan sepanjang program berlangsung mulai 20-21 September 2024.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita