PUTRAJAYA, 9 September 2024 โ Jabatan Pertanian telah menerima aduan berkaitan kes penipuan Pesanan Kerajaan yang dilakukan oleh pihak tertentu
menggunakan logo Jabatan Pertanian bagi tujuan memperdaya syarikat untuk
menyediakan bekalan dan perkhidmatan sepertimana kandungan Pesanan Kerajaan
yang dikemukakan.
.
Taktik licik oleh pihak tertentu itu telah menyebabkan pihak syarikat pembekal telah
terpedaya dan mengalami kerugian kerana tiada sebarang permohonan bekalan dan
perkhidmatan dibuat oleh Jabatan Pertanian.
.
Jabatan Pertanian memandang serius terhadap isu yang berlaku di mana ianya boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Jabatan Pertanian dan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
.
Oleh itu, Jabatan Pertanian ingin menasihatkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan agar menggunakan Sistem e-Perolehan dan iGFMAS bagi setiap permohonan bekalan dan perkhidmatan.
.
Pihak-pihak yang terlibat terutamanya syarikat pembekal disaran untuk menghubungi
Jabatan Pertanian terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bekalan dan perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan kes
penipuan yang sama daripada berulang.
.
Jabatan Pertanian Malaysia amat mengalu-alukan sekiranya kenyataan penafian ini disebar luaskan kepada semua yang terlibat demi menjaga kewibawaan jabatan
Kerajaan khasnya Jabatan Pertanian.
#myDOA #MAHA2024 #100tahunMAHA2024 #LamanFlorikulturDOA #MiracleGardenDOA
Highlight
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
![]()
