15 Ogos 2024 – Sekitar lawatan dari pihak Taiwan Agriculture Academia Industry Alliances (TAAIA) di Taman Pertanian Johor. Turut serta Pengerusi TAAIA, Mr Wu Ming-Ming bersama rombongan deligasi dari Taiwan, diiringi Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor, Pn Hjh Norzita Binti Hashim, Pn Azlina, Ketua Bahagian Perancangan Strategik Ibu Pejabat serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Rombongan delegasi diberi sedikit taklimat mengenai peranan Jabatan Negeri Johor & aktiviti pertanian yang terdapat di sini. Taklimat di beri oleh En Azahari Abdul Manap, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Ibu Pejabat sebelum delegasi dibawa oleh pegawai bertugas untuk aktiviti lawatan di ladang berkenaan varieti pokok, & daya tarikan yang terdapat di Taman Pertanian Johor.

#JabatanPertanianNegeriJohor

#TamanPertanianJohor

#DestinasiAgropelancongan

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita