KOTA ISKANDAR, 29 Ogos 2024 – Jabatan Pertanian Negeri Johor telah kehilangan seorang pegawai yang komited dan berdedikasi. Encik Mohd Suhaimi bin Sujak, Pemandu Kenderaan Gred H11 telah bertukar ke Pejabat Menteri Besar Johor berkuatkuasa mulai 1 September 2024.

Encik Mohd Suhaimi telah dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 mulai 1 Februari 2021 dan ditempatkan di Pusat Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam. Pada 21 Oktober 2022, beliau telah bertukar ke Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Selamat maju jaya dan terima kasih atas segalanya. Semoga terus sukses dan cemerlang di tempat baru.

Santap sarapan di atas meja,

Santapan bersama dengan sahabat,

Bertahun kita bersama kerja,

Hari ini berpisah tempat.

Nona manis nama timangan,

Kecil molek senyuman menawan,

Jasa baktimu sentiasa dikenang,

Budi baikmu kekal diingatan.

Bunga dedap di atas para,

Anak di susun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita