SEGAMAT, 31 Ogos 2024 – Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh..Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67 Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 telah diadakan di Dataran Segamat, Segamat, Johor yang melibatkan lebih kurang 114 kontinjen yang menyertai perarakan dan perbarisan dengan bertemakan βMALAYSIA MADANI: Jiwa Merdekaβ.
Jabatan Pertanian Negeri Johor tidak ketinggalan untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan bagi meningkatkan semangat cinta akan negara. Seramai 35 orang peserta yang telah menyertai perbarisan melibatkan pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Pusat Pertanian Ayer Hitam dan Pusat Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam dengan diketuai oleh Encik Azuan bin Jani.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Video Perbarisan Layari : https://www.facebook.com/100064575164457/videos/pcb.906256438203520/8431030093613792





