12 Ogos hingga 15 Ogos 2024

Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Program Tinjauan Teknologi ke beberapa Projek Pertanian Bandar dan Projek Pertanian komersil di sekitar Kuching dan Serian Sarawak.

Program telah dihadiri oleh Tuan Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Tuan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi). Turut serta dalam lawatan ini adalah lima Pegawai Pertanian Daerah dari daerah Kota Tinggi, daerah Batu Pahat, daerah Muar, daerah Tangkak dan daerah Segamat serta 14 otang usahawan atau peserta Program KEBUNITI MADANI .

Tujuan Lawatan ini untuk memberikan pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada peserta dan penyelia Program Kebuniti Madani dari Negeri Johor. Peserta dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru kepada ahli komuniti mereka dalam melaksanakan projek Pertanian Bandar yang mereka sedang laksanakan di negeri Johor.

Antara pengisian Program Tinjauan Teknologi selama 4 hari 3 malam ini adalah:

> Kunjungan Hormat Ahli rombongan ke Pengarah Pertanian Negeri Sarawak

> Lawatan Ke Projek TKPM Rampangi

> Lawatan ke Sim Farm Sdn Bhd, Kampung Mundai, Jln Padawan Siburan

> Lawatan Ke Kina Karar Agrofarm, Kampung Kuap

> Lawatan ke Kilang proses Lada di Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia

> Lawatan ke Ladang Syarikat Lotus Farm Agritech Sdn, Serian

> Lawatan ke lokasi Projek Program Tahap Sara Diri (SSR) Cili di Kampung Triboh, Serian

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *