8 Ogos 2024 | Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Malaysia Bil.2/2024
Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Camelia, Jabatan Pertanian Negeri Johor dipengerusikan oleh Tn Hj Muhamad Rizal Muhd Tayab, Ketua Komunikasi Jabatan Pertanian Malaysia dan pegawai-pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertanian dari setiap negeri.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perihal berkaitan Promosi Program Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agrotourism Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang pada 11 – 22 September 2024.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






![]()
