PASIR GUDANG: Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati ramai penggiat bidang pertanian di negeri ini berpotensi menjadi ikon dalam lapangan diceburi.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, proses bancian berjalan lancar dengan 35.3 peratus bancian selesai dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya memasuki hari ke 34 bagi melakukan bancian yang dimulakan sejak 7 Julai lalu merangkumi tanaman, ternakan, perikanan, pembalakan dan perkayuan.

Menurutnya, secara keseluruhan bancian dijalankan setakat ini membabitkan 423,195 pengusaha dalam sektor pertanian di seluruh negara.

Katanya, misalnya di Johor, tempat kediaman (TK) dan pertubuhan perniagaan terbabit dalam sektor pertanian yang dilawati bagi tujuan bancian adalah sebanyak 36.6 peratus.

“Segelintir dalam kalangan yang kita temui ketika melakukan bancian adalah pekerja dalam sektor pertanian dan mereka tidak mengusahakan perusahaan berkenaan.

“Yang paling penting adalah kita mahu mengumpul dan mendapatkan maklumat serta data yang diperlukan oleh negara daripada pengusaha sendiri termasuk berkaitan hasil, keluasan dan kaedah tanaman.

Sumber berita dari : Berita Harian

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita