2 Ogos 2024
Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor hari ini telah merasmikan pelepasan pengeksportan Nangka Madu Segar ke negara China yang bertempat di Fruitglo – Truly Tropical, Ayer Hitam Johor. Turut hadir sama Tn Hj Yosri Bin Mohd (Pengarah Pertanian Negeri Johor), Pn Zaiti Akmal Binti Dahlan (Pengarah Kuasa Usaha Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor), EN Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan) serta pegawai dan kakitangan yang lain.
Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor terlibat secara langsung dalam proses perolehan Sijil Fitosanitasi untuk mengeksport nangka masu segar ke negara China termasuk pemeriksaan ladang dan pemeriksaan pusat pemprosesan milik syarikat pengeksport dan telah mendapat kelulusan daripada General Administration of Customs China (GACC).
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









![]()
