π’π„πŒπˆππ€π‘ ππ„ππ†π„πŒππ€ππ†π€π 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘π“π€ππˆπ€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

πŸπŸ”-πŸπŸ– π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐒𝐀𝐕𝐀𝐍𝐍𝐀 π‡πˆπ‹π‹ π‘π„π’πŽπ‘π“

πŸ™πŸ  π•π•Œπ•ƒπ”Έπ•€ 𝟚𝟘𝟚𝟜

π—£π—˜π— π—”π—‘π—§π—”π—£π—”π—‘ π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ 𝗗𝗨𝗧𝗔 π—£π—˜π—₯π—§π—”π—‘π—œπ—”π—‘

Pembinaan pasukan yang terdiri dari Pegawai Pengembangan Jabatan Pertanian Negeri Johor perlu dimantapkan berikutan kehadiran mereka adalah sebagai Duta dalam pertanian yang menjadi penghubung antara Petani atau Usahawan dengan Jabatan atau Kerajaan dan seterusnya kepada masyarakat.

Matlamat utama adalah untuk menggalakkan bekerja bersama sebagai satu pasukan dengan setiap individu di dalamnya perlu cekap, mahir dan mantap supaya dapat bersama-sama mencapai matlamat dan objektif sebagaimana yang digariskan oleh pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian.

Aktiviti berpasukan (teambuilding) ini melibatkan 150 orang pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor yang terdiri daripada Pegawai di peringkat Ibu Pejabat Negeri Johor, Peringkat Daerah, Peringkat Kawasan serta Pegawai Unit Teknikal dari Cawangan Negeri Johor.

Seminar Pengembangan ini berlangsung selama 3 hari bermula 16 sehingga 18 Julai 2024 di Savanna Hill Hotel, Sungai Tiram, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *