๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐๐„๐๐†๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐Ÿ๐Ÿ”-๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐’๐€๐•๐€๐๐๐€ ๐‡๐ˆ๐‹๐‹ ๐‘๐„๐’๐Ž๐‘๐“

๐Ÿ™๐Ÿž ๐•๐•Œ๐•ƒ๐”ธ๐•€ ๐Ÿš๐Ÿ˜๐Ÿš๐Ÿœ :

UCAPTAMA SEMINAR PENGEMBANGAN DAN

SESI PEMBENTANGAN KERTAS

Ucaptama Sempena Seminar Pengembangan Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024 telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Antara intipati ucapan beliau adalah โ€œDahulunya Agen Pengembangan disanjung-sanjung tetapi kini ada petani yang menutup pintu. Menghadapi petani yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pertanian bukannya perkara mudah untuk agen pengembangan baharu yang masih muda untuk menyampaikan khidmat pengembangan pertanianโ€.

Justeru itu, dengan Tema Memperkasa Keterjaminan dan Keselamatan Makanan Dalam Pengembangan Pertanian dapat membantu memperkukuh, menambahbaik dan memantapkan lagi perkhidmatan pengembangan pertanian masa kini. Pemilihan sembilan (9) Tajuk Kertas Kerja yang akan dibentangkan oleh ahli profesional atau pakar dalam bidang pertanian diharap menjadi kekuatan perjalanan sepanjang seminar berlangsung.

Pembentangan Kertas Kerja Sesi I (Keselamatan dan Keterjaminan Makanan) melibatkan 2 pembentang iaitu :

Kertas 1 : Jaminan Keselamatan Makanan melalui pensijilan Amalan Pertanian yang Baik oleh Puan Juliana Ritongga binti Saipul Jannah dari Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman (BKKT) Jabatan Pertanian Malaysia

Kertas 2 : Prinsip Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) dan Impak Perlaksanaannya oleh Puan Hajah Zaiti Akmal binti Haji Dahlan dari Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor

Sesi I ini dipengerusikan oleh Puan Natasha binti Mahamad Tabor, Ketua Bahagian Pengesanan dan Penilaian, Jabatan Pertanian Negeri Johor

Seminar Pengembangan ini berlangsung selama 3 hari bermula 16 sehingga 18 Julai 2024 di Savanna Hill Resort, Sungai Tiram, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *