Pelaksanaan Banci Pertanian ini adalah bertepatan dengan inisiatif yang telah dijajarkan dalam DasarΒ Agromakanan Negara 2021-2030. Melalui Banci Pertanian 2024, pangkalan data Malaysia Statistical Agriculture Register (MySAgR) akan dibangunkan bagi mengintegrasikan maklumat setiap pengusaha dan pertubuhan pertanian dan untuk menjadi sumber rujukan kepada pelbagai pemegang taruh.

Bermula dari 7 Julai 2024 sehingga Oktober 2024 bancian akan dijalankan di seluruh Malaysia dengan kaedah pembanci akan melawat tempat kediaman untuk melakukan proses temu ramah secara bersemuka bersama responden dan mencatatkan maklumat yang diperoleh dalam borang soal selidik yang akan disediakan nanti.

Sasaran utama bancian ini adalah terdiri daripada pegangan pertanian termasuk isi rumah, pertubuhan, institusi, koperasi dan persatuan yang terlibat dengan Perkhidmatan Agro Makanan di Malaysia. Bancian yang akan dilaksanakan selama 3 bulan ini bagi mengumpulkan maklumat terperinci bagi memastikan maklumat dan data yang diperolehi akan menjadi kunci kemajuan dalam bidang pertanian.

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan akan memastikan Banci Pertanian 2024 dilaksanakan untuk mendapatkan struktur dan ciri sektor pertanian yang holistik, komprehensif, berintegriti dan bertepatan masa meliputi sektor tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan pembalakan. Ayuh, jayakan Banci Pertanian 2024: Merungkai Kunci Kemajuan Pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *