15 Mei 2024 (Rabu) | Ayer Hitam
Program Penemusuaan Jabatan Pertanian Negeri Johor Bersama Penghulu-Penghulu Negeri Johor merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan yang bertujuan untuk :
1. Mendapatkan maklum balas secara langsung berkaitan isu, masalah dan keperluan dalam Sektor Pertanian & Industri Asas Tani di setiap mukim
2. Membincangkan senario semasa sektor pertanian di setiap mukim dan mekanisme cadangan penambahbaikan
Demi mencapai objektif tersebut, setiap pegawai dan penghulu yg hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada Penghulu mukim, Pegawai Pertanian Daerah, Agen Pengembangan Tanaman & IAT dan Pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Johor. Setiap kumpulan akan “brainstorm” mengenai isu/masalah, penyelesaian dan idea-idea baru dalam meningkatkan ekonomi sektor pertanian di daerah dan mukim masing-masing.
Ucaptama disampaikan oleh:
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 𝐁𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐲
𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧)
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
“𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐚𝐠𝐫𝐨𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚” 𝐩𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐳 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐲.


















