Putrajaya, 14 Mei 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan sesi libat urus berkenaan subsidi diesel bersasar bagi sektor agromakanan.

.

Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali yang mempengerusikan sesi libat urus tersebut menyeru semua pemain industri agromakanan yang menggunakan peralatan, jentera dan pengangkutan (diesel) mendaftar dan mengemaskini butiran peribadi melalui sistem GeoAgro sebelum atau pada 18 Mei 2024 (sabtu).

.

Sistem ini bertujuan bagi menentukan penyasaran dibuat KPKM kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan subsidi diesel bagi meningkatkan ekonomi usahawan agromakanan negara.

.

Bagi yang telah berdaftar dalam sistem GeoTanaman Jabatan Pertanian, butiran pengusaha akan secara automatik direkodkan di KPKM.

.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan : https://geoagro-register.kpkm.gov.my/

.

Sebarang pertanyaan/bantuan/aduan boleh disalurkan melalui emel kepada geoagroadmin@kpkm.gov.my

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *