4 Mei 2024 | MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF PERTANIAN PROGRAM KEBUNITI MADANI DAN BANTUAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA TAHUN 2024
Y.B. Pn Rashidah binti Ismail, Wakil Rasmi Ahli Parlimen Tenggarag merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Pasir Raja harini telah merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani & Bantuan IKS bertempat di Perkarangan Balai Raya Taman Melati Putih, Kota Tinggi.
Majlis turut dihadiri oleh:
Wakil Rasmi Ahli Dewan Negeri Kawasan Panti
2. Pn Mariam binti Abd Karim
Wakil Rasmi Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi
3. Tn Hj Mohd Aidil Bin Masih
Penghulu Mukim Kota Tinggi
Majlis dimulakan dengan kursus Tanaman Kaedah Nutripot dan Cara Pembuatan Bahan Kawalan Serangga Secara Organik yang disampaikan oleh En Zul Naim Bin Arbange bersama En Muhammad Danial Hafiz bIn Mohd Said, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.
Berikut adalah penerima dalam majlis ini :
PROGRAM KEBUNITI MADANI
1. Komuniti Surau Taman Melati Putih
2. Komuniti Jalan Sendayan, Kg Temenin Baru
3. Komuniti KRT Taman Kota Jaya Zon A
4. Komuniti Kg Rantau Panjang
5. En Zainudin Bin Mohd Yunus
PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI
1. En Mohd Nasir Bin Ali – Santan Sejukbeku
2. En Azaman Bin Hamid – Roti Canai Sejukbeku
3. En Aswad Bin Misnan – Inovasi Pembungkusan
Tahniah diucapkan kepada penerima Insentif Program Kebuniti Madani dan Program Perintis Keusahawanan Pertanian Johor semoga insentif yang diterima dapat membantu meringankan kos sara hidup melalui penghasilan sendiri produk makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



















![]()
