BATU PAHAT, 29 April 2024 – Telah diadakan Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan di The Katerina Hotel, Batu Pahat pada 28 hingga 29 April 2024 khusus bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang melaksanakan urusan perkhidmatan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Penceramah bagi bengkel tersebut diundang khas dari INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) iaitu Encik Mohd Nasir bin Ismail, Penolong Perunding Latihan (K) Gred N29.

Bengkel tersebut bertujuan memberi kefahaman dan kemahiran dalam menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan berkenaan kaedah yang betul untuk merekod dan mengemaskini Buku Perkhidmatan Kerajaan yang merupakan salah satu dokumen penting bagi Pegawai Perkhidmatan Awam sepanjang perkhidmatan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita