Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) merupakan insentif yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

.

Program ini menawarkan bantuan berupa geran pemadanan sehingga RM200,000.00 kepada usahawan industri makanan dan asas tani (hiliran) dalam kategori kecil yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan RM300,000.00 hingga RM5juta.

.

Skop bantuan yang ditawarkan adalah kajian pembangunan kualiti produk; reka bentuk pembungkusan dan pelabelan; peningkatan keupayaan pengeluaran ; dan penambahan premis ke arah persijilan.

.

Kepada yang berminat, sila dapatkan maklumat lanjut Geran Pemadanan HIP dengan menghubungi mana-mana Pejabat Pertanian Daerah atau agensi KPKM yang berhampiran.

.

Borang permohonan : https://t.me/mydoa_hq

.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada akhzailina@kpkm.gov.my, baizura.zulkafly@kpkm.gov.my. atau hubungi no. telefon berikut 03-8870 1765/1832

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *