KOTA ISKANDAR, 4 April 2024 – Buat julung-julung kalinya, Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 1445H/2024M yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat. Bacaan tadarus al-Quran telah dilaksanakan pada 21 Mac 2024 hingga 28 Mac 2024 dengan pembahagian juz mengikut kumpulan.

Objektif majlis ini antaranya adalah bagi memupuk kecintaan kepada al-Quran, membudayakan pembacaan al-Quran dalam kehidupan dan menghayati keistimewaan serta keberkatan bulan Ramadan.

Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 1445H/2024M dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor diikuti surah al-Insyirah oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan surah at-Tin oleh Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).

Majlis diakhiri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW seterusnya rakaman takbir raya oleh pegawai dan kakitangan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *