Kenyataan Sebutharga. JPNJ(S)IAT/PKPJ:01/2024(N)

Tajuk Sebutharga :

Perkhidmatan Pembangunan Pembungkusan dan Rekabentuk Pembungkusan untuk Usahawan Di Bawah Bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor

Tarikh Iklan : 10 Mac 2024 (Ahad)

Taklimat Sebutharga : 18 Mac 2024 (Isnin)

Tarikh Tutup : 24 Mac 2024 (Ahad)

1. Pembekal yang ingin memasuki sebutharga ini adalah dikehendaki mengeluarkan Wang Kiriman Pos , Bank Deraf atau Cek berharga RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) yang dibuat atas nama Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor sebagai bayaran dokumen sebutharga tersebut.

2. Dokumen sebutharga hanya akan dijual kepada pemilik syarikat atau wakil syarikat yang membawa surat wakil kuasa dibenarkan dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sebagai pengesahan dan mempunyai Kod Bidang berkaitan sahaja. (Sila bawa salinan sijil Kementerian Kewangan yang mempunyai Kod Bidang berkaitan. (salinan sijil ini tidak akan dikembalikan)

3. Borang sebutharga boleh dibeli dan didapati di Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tingkat 1, Bangunan Datoโ€™ Muhammad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79000 Iskandar Puteri Johor.

4. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tingkat 1, Bangunan Datoโ€™ Muhammad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79000 Iskandar Puteri Johor. Sebelum jam 12.00 tengahari. 24 Mac 2024

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *